Wednesday, June 9, 2010

ILUSI kerana aku seekor BERUK




AKU sebenarnya berada disebuah hutan yang terpencil dari metropolitan yang khamarnya amat menakutkan. Di belantara yang bebas dari segala kerahan globalisasi mungkin AKU adalah antara yang.......Entahlah nak dimaksudkan bagaimana, BERTUAH atau MALANG. Kehidupan yang terpencil AKU juga bukan sebarangan walau AKU hanya awak-awak yang biasa.

Kini AKU tidak lagi di pedalaman, AKU diundang untuk diajar dan mengejar. Indahnya pengalaman ketika perit diasuh menggengam erat batang kelapa, dipacu agar ku berjaya menjulang hingga ke puncak nyior yang gemalai, sentuhan jemariku dapat meneka kelapa dara atau pun tua....Hebatkan! walau aku hanya menghuni di sudut batang buluh berbumbung sempit, AKU tak kisah walau hanya dihidang seketul nasi sejuk dan semangkuk air tempurung. Yang pasti IKHLAS memberi kepuasan. Tidak dinafikan, kekadang bila jasadku hebat beraksi dijamu semangkuk telor dan air milo....tapi sampai bila.

Dulu AKU berdiam digalah pelunggur, AKU bekerja meruntuh sebiji hingga menurunkan setandan kelapa. Itulah AKU setiap masa...Kerja..kerja..kerja..Tapi tak mengapa "Kerja Itu Ibadat" walau berbilang usia...Kekadang ditiup sanjung puji hingga melambung diluar sana...Waaaa Hebaat...Waaa Ada Kelas...Waaaa Kagum...Waa Hero la......Waaa Sukar Dichallenge...Banyak la lagi Waaaaa....Akhirnya AKU tetap diikat digalah pelunggur juga, tidak kemana-mana.

Di sudut hati yang kecil ada masanya AKU nyilu, mungkin baktiku hanya sekadar menurunkan kelapa, perananku agak pencil kerana AKU tak mampu mengadunkan sehidangan masakan yang melazatkan tetamu...Rupanya aku bangga dengan sedikit jasa yang tak memberi apa-apa makna, selebihnya si tukang masak yang diangung-agungkan terus mendapat nama. Itu tidak mengapa, kerana tukang masaklah yang membangkitkan resepi hingga terangkat ibu jari. Wajarlah jika dikalongkan piala, dan wajarlah aku terus dikalong kelekah tembaga...Biarlah, tak mengapa......Walau mereka terlupa lazat asyik hidangan yang dijamah rasa adalah dari kelapa yang ku petik, hati tidak terguris walau sedetik... Kerana AKU hanyalah BERUK biasa...Hadir tak bermakna pergi tak merungsingkan sesiapa.....ILUSI Kerana AKU seekor BERUK.




























No comments:

Post a Comment